Tuesday, November 29, 2011

Cara menghasilkan batik lukis.

Posted by Ustazah Zahara | Tuesday, November 29, 2011 | Category: |


Langkah pertama :
Sebelum menghasilkan produk, kita perlulah meregangkan kain pada kayu pemidang. Ini perlu untuk memastikan corak batik akan terhasil dengan baik seperti yang dirancang.

Langkah kedua :
Corak batik yang telah dipilih perlulah dilukis di atas kain tersebut dengan menggunakan pensel. Motif yang diingini boleh dipilih bedasarkan motif tradisional, flora, fauna, geometri, organik atau abstrak.

Langkah ketiga :
Untuk langkah seterusnya, kita perlulah menggunakan canting yang telah diisi dengan lilin cair untuk mencorakkan kain. Perlu diingatkan bahawa kepanasan lilin perlu dikawal agar ia tidak terlalu panas supaya dapat mengelakkan garisan lilin kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak menarik. Ingatan juga kepada murid yang mencanting, mereka perlu berhati-hati kerana lilin ini adalah lilin cair yang panas. Oleh itu ketelitian amat diharapkan.

Langkah keempat :
Bancuh warna yang diingini.Warna yang dipilih perlulah dibancuh dalam bekas yang berlainan agar tidak berlaku percampuran warna. Seterusnya, warnakan corak yang dipilih dengan menggunakan pewarna batik.

Langkah kelima :
Mematikan warna. Sodium silikat digunakan sebagai bahan pemati warna. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna yang dilukis tidak akan luntur apabila dibasuh. Seterusnya, rendamkan kain tersebut kedalam air selama empat jam. Setelah empat jam direndam, kain tersebut perlulah dibasuh dan direbus dengan air yang dicampur dengan soda ash. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin pada permukaan kain tersebut. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas.

Langkah keenam :
Jemur produk yang dihasilkan sehingga kering. Setelah itu, bingkaikan produk untuk meningkatkan lagi aspek peragaan. Akhirnya, berikan jenama pada produk yang dihasilkan.


Sumber :
Perpustakaan Negara Malaysia http://malaysiana.pnm.my
www.masterwanbatik.com
terengganumenarik.blogspot.com
kembarasemalaysia.blogspot.com
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Tahap 2 , Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur, 1984.

Currently have 1 comments:

Leave a Reply