Tuesday, November 29, 2011

Cara menghasilkan batik lukis.

Posted by Ustazah Zahara | Tuesday, November 29, 2011 | Category: | 1 comments


Langkah pertama :
Sebelum menghasilkan produk, kita perlulah meregangkan kain pada kayu pemidang. Ini perlu untuk memastikan corak batik akan terhasil dengan baik seperti yang dirancang.

Langkah kedua :
Corak batik yang telah dipilih perlulah dilukis di atas kain tersebut dengan menggunakan pensel. Motif yang diingini boleh dipilih bedasarkan motif tradisional, flora, fauna, geometri, organik atau abstrak.

Langkah ketiga :
Untuk langkah seterusnya, kita perlulah menggunakan canting yang telah diisi dengan lilin cair untuk mencorakkan kain. Perlu diingatkan bahawa kepanasan lilin perlu dikawal agar ia tidak terlalu panas supaya dapat mengelakkan garisan lilin kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak menarik. Ingatan juga kepada murid yang mencanting, mereka perlu berhati-hati kerana lilin ini adalah lilin cair yang panas. Oleh itu ketelitian amat diharapkan.

Langkah keempat :
Bancuh warna yang diingini.Warna yang dipilih perlulah dibancuh dalam bekas yang berlainan agar tidak berlaku percampuran warna. Seterusnya, warnakan corak yang dipilih dengan menggunakan pewarna batik.

Langkah kelima :
Mematikan warna. Sodium silikat digunakan sebagai bahan pemati warna. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna yang dilukis tidak akan luntur apabila dibasuh. Seterusnya, rendamkan kain tersebut kedalam air selama empat jam. Setelah empat jam direndam, kain tersebut perlulah dibasuh dan direbus dengan air yang dicampur dengan soda ash. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin pada permukaan kain tersebut. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas.

Langkah keenam :
Jemur produk yang dihasilkan sehingga kering. Setelah itu, bingkaikan produk untuk meningkatkan lagi aspek peragaan. Akhirnya, berikan jenama pada produk yang dihasilkan.


Sumber :
Perpustakaan Negara Malaysia http://malaysiana.pnm.my
www.masterwanbatik.com
terengganumenarik.blogspot.com
kembarasemalaysia.blogspot.com
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Tahap 2 , Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur, 1984.

Memperkenalkan alat dan bahan menghasilkan batik lukis.

Posted by Ustazah Zahara | | Category: | 0 comments



Alat:
Pemidang.
Canting.
Dapur.
Bekas lilin.
Bekas double boiler.

Bahan:
Lilin.
Rosin.
Pewarna batik.
Kain (kapas, fuji, sutera).
Pemati warna (sodium silikat).
Soda ash.


Mengenal kraf tradisional.

Posted by Ustazah Zahara | | Category: | 0 comments




Bidang:
Mengenal kraf tradisional.
Tajuk: Membuat batik lukis.
Tahun 6.

Objektif:
Mengenal bahan yang digunakan untuk membuat batik lukis.
Menyediakan lilin dan melakukan proses mencanting.
Mewarnakan corak yang dikehendaki dengan teknik yang betul.
Melakukan proses mematikan warna dan menanggalkan lilin dari kain.
Menggunakan hasil kerja untuk tajuk tertentu.
Mencadangkan satu jenama pada produk.

Motif Batik:
Motif batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis batik. Bentuk-bentuk motif batik biasanya dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik adalah berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

Contoh Motif Organik:
1.Motif Ayam
2.Motif Bunga Buluh
3.Motif Bunga Kerak Nasi
4.Motif Bunga Kotak Bercampur
5.Motif Bunga Orkid
6.Motif Bunga Raya
7.Motif Daun Sireh
8.Motif Pucuk Rebung
9.Motif Rama-rama
10.Motif Siput

Contoh Motif Geometrik:
1.Motif Pucuk Rebung
2.Motif Bunga Kotak Bercampur

Corak batik:
Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.


Antara corak-corak yang sering digunakan:
1.Corak berdiri
2.Corak jalur
3.Corak melintang
4.Corak menyeluruh
5.Corak menyerong
6.Corak tompok-tompok
7.Corak ulangan batu-bata
8.Corak ulangan/Selang seli